Selasa, 6 Jun 2017

Video Aksi Anak Lelaki Ronaldo Jadi Tular Ketika Final Liga Juara Eropah.

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itu peribahasa paling tepat bagi menggambarkan Cristiano Junior yang baru berusia enam tahun.

Mana tidaknya, sejurus aksi final Liga Juara Eropah berakhir dengan kemenangan bergaya Real Madrid.

Cristiano Junior mempamerkan aksi 'luar biasa' mengelecek serta memperdaya tiga rakannya padang ketika bapanya, Cristiano Ronaldo dan para pemain lain sedang sibuk meraikan kejayaan.

Aksi Cristiano Junior mendapat liputan meluas serta turut mendapat sorakan penonton di stadium yang kagum dengan kehebatannya.

Apa mau di kata, lihat saja siapa bapanya, itu bukan sesuatu yang sangat mengejutkan. - Malaysiakini   
loading...