Khamis, 15 Jun 2017

Video: Budak Lelaki Terjatuh Gara-Gara Bermain Eskalator.

Dah banyak kejadian membabitkan kecuaian di eskalator kita tengok di media sosial, namun terdapat juga segelintir ibu bapa yang masih tidak ambil berat mengenai perkara tersebut.

Terlampau penat untuk mengawasi anak-anak menjadi alasan sesetengah golongan ibu bapa mengabaikan anka-anak ketika berada di shooping kompleks.

Hari ini terdapat satu lagi kejadian yang membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun yang terjatuh dari eskalator akibat tiada pemantauan dari orang dewasa.

Video kejadian tersebut yang berjaya dirakan telah menjadi tular di laman sosial apabila memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh ketika bermain di eskalator.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu terjatuh dari eskalator di pusat membeli belah di Dongguan, Daerah China Selatan.

Video tersebut yang di muat naik di laman Facebook menggunakan akaun Facebook Rochmatullah telah ditonton sebanyak lebih dari 4 juta tontonan.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 50 saat itu, kanak-kanak tersebut dilihat sedang bermain dengan seorang lagi kanak-kanak.

Video tersebut menunjukkan kanak-kanak lelaki tersebut memaut pemegang eskalator tersebut lalu terjatuh ke bawah. -Suara.TV

loading...