Jumaat, 2 Jun 2017

Video Kanak-kanak Praktik Solat, Penuh Yakin Dia Solat.

Wah, kecil-kecil lagi dah pandai nak praktik solat, lucu pun ada tapi nampak comel sangat gelagat adik kecil ini.

Video kanak-kanak tersebut telah menarik perhatian ramai netizen serta telah menjadi viral di media sosial dengan telatahnya yang cuba mempraktikkan solat.

Rakaman video yang di ambil daripada Facebook Jannah tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak yang tidak berpakaian sedang melakukan gerakan solat secara bersendirian serta kelihatan sangat tekun dan penuh dengan keyakinan.

Hanya ucapan kanak-kanak berkenaan yang kedengaran samar-samar namun ia menarik perhatian ramai dengan kebanyakkan netizen menulis mengenainya dan mereka memuji aksi kanak-kanak tersebut yang kelihatan sangat comel.

Walaupun dia masih kecil namun sudah tahu akan kewajipan bersolat. Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh.-suaratv
loading...