Khamis, 1 Jun 2017

Video Kantoi! Aksi Salman Khan Kunyah Seluar Jeans Dirakam CCTV

Tidak tahu sama ada Salman Khan sedang kebosanan atau memang lapar apabila sepotong video dia sedang memakan seluar jeans tular di media sosial.

Tindakan pelik Salman disedari dalam sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika satu acara sempena filem terbaharunya, Tubelight.

Salman dilihat merentap benang daripada seluar jeans lusuhnya kemudian memasukkan helaian itu ke dalam mulut dan terus mengunyahnya dengan selamba.

Tidak dapat dipastikan sama ada bintang popular Bollywood itu menelan helaian di dalam mulutnya itu, namun Salman dilihat memintal benang di seluarnya kali kedua.

Mujurlah helaian kedua tidak dimasukkan ke dalam mulut sebaliknya membuang ke tepi tempat dia sedang duduk.

Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menganggap tindakan Salman itu menjijikkan namun ada juga yang merasakan perkara itu melucukan. - Astro Gempak
loading...