Selasa, 27 Jun 2017

Video Lembu Betina Melawan Anaconda Yang Cuba Membaham Anaknya.

Paraguay - Merupakan salah satu tempat yang turut didiami hidupan liar yang sukar dikawal serta menjadi satu ancaman kepada manusia mahupun haiwan yang lebih lemah.

Itulah yang berlaku kepada beberapa orang petani di Paraguay yang terkejut dengan kehadiran seekor ular anaconda yang telah membunuh seekor anak lembu yang baru dilahirkan.

Mereka telah cuba untuk menyelamatkan anak lembu berkenaan dengan cara mengikat ular berkenaan menggunakan tali di seluruh badannya serta menariknya agar menjauhi anak lembu tersebut dalam usaha menyelamatkannya daripada menjadi makanan kepada ular terbabit.

Namun begitu kudrat mereka masih tidak cukup untuk melawan ular anaconda tersebut walaupun mereka telah berusaha dengan gigih sedangkan ular itu masih berkemampuan untuk terus membuka mulutnya dengan tujuan menelan seluruh badan anak lembu terbabit.

Ibu lembu terbabit yang masih setia berdiri di sisi anaknya yang telah mati akibat daripada serangan ular tersebut masih berdiri teguh seperti tidak rela membiarkan anak yang baru dilahirkannya itu ditelan oleh anaconda terbabit.

Lembu betina tersebut akhirnya tidak terus mendiamkan diri melihat anaknya mati ditelan, malah dia akhirnya turut cuba untuk menghalang anaconda terbabit.

Tonton video di bawah untuk menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh ibu lembu berkenaan untuk menuntut bela atas kematian anaknya. - Era Baru

loading...