Selasa, 13 Jun 2017

Video Mertua Rakam Menantu Kantoi Berkhalwat Dengan Kekasih Gelap.

Colombia - Tembelang seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada seorang lelaki pecah apabila dia kantoi menyembunyikan seorang lelaki yang dipercayai merupakan kekasih gelapnya di bawah katil.
Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail semalam, kejadian tersebut telah di bongkarkan oleh ibu mertua wanita itu sendiri.

wanita yang di kenali sebagai Myra tersebut dikatakan amat terkejut ketika ibu mertuanya itu datang melawat ke rumahnya sambil bertanyakan kepada ibu mertuanya, "Kenapa ibu tidak menelefon aku terlebih dahulu sebelum datang dan kenapa nak memasuki rumah aku sekarang?".

Ibu mertuanya yang merasa curiga dengan kelakuan menantunya itu telah berdegil memasuki rumah menantunya itu di ikuti dengan beberapa anggota keluarga yang lain.

Ibu mertuanya telah menggeledah seluruh pelusuk rumah sambil turut merakamkan kejadian tersebut dengan menggunakan telefon miliknya.

Sehinggalah akhirnya ibu mertua Myra memasuki sebuah bilik dan bertindak mengalihkan katil yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Ketika mengalihkan katil tersebut, ibu mertua Myra telah menemui seorang lelaki sedang bersembunyi di bawah katil tersebut.

Ibu mertua Myra serta ahli keluarga yang lain terus memukul lelaki tersebut selepas didapati bersalah kerana berkhalwat bersama menantunya itu.

Dengan perasaan yang betul-betul marah, Myra telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu mertuanya itu keluar bersama kekasih gelapnya itu dan turut mengatakan bahawa dia tidak layak menjadi isteri kepada anaknya serta perkahwinan dia bersama anak lelakinya telah berakhir dengan kecurangannya.

loading...