Rabu, 7 Jun 2017

Video Sekumpulan Harimau Membaham Seekor Keldai.

China - Semalam telah tersebarnya satu video yang memaparkan sekumpulan harimau telah diberikan habuan se ekor keldai yang sengaja di lepaskan dalam kurungan harimau tersebut.

Video yang telah tersebar luas di China itu memaparkan seekor keldai yang di paksa terjun ke dalam kandang sekumpulan harimau daripada sebuah trak di Yancheng Wild Animal World di Changzhou, wilayah Jiangsu.

Pelawat yang melihat kejadian tersebut merasa amat ngeri apabila melihat sendiri secara langsung sekumpulan harimau turun berenang dan membaham seekor keldai.

Walaupun memburu merupakan cara yang sinonim dengan spesis harimau, namun oleh disebabkan harimau tersebut terpaksa bergelut di dalam air maka ia mengambil hampir 30 minit untuk membunuh keldai tersebut.

Kejadian tersebut di katakan berlaku tanpa kebenaran pihak zoo, salah seorang pemilik saham di zoo berkenaan di katakan dalang utama yang mengarahkan pekerja zoo berkenaan memberikan habuan seekor keldai di kurungan harimau berkenaan.

Kejadian tersebut dikatakan amat bercanggah dengan apa yang telah di tetapkan oleh pihak zoo.

Kebanyakkan netizen mengecam tindakan tersebut dan menganggapnya amat kejam, terdapat juga netizen yang mengatakan "Campakkan saja orang yang buat macam itu ke dalam kandang harimau tersebut biar dia gantikan tempat keldai itu," kata salah seorang netizen yang menonton video tersebut.-Wartawan Jalanan
loading...