Isnin, 5 Jun 2017

Video Solat Ala-ala Berjoget Kecoh Di Media Sosial

Solat merupakan rukun Islam Kedua yang wajib kita lakukan sebagai orang Islam, namun begitu kita sebagai umat Islam harus sentiasa berhati-hati dengan anasir-anasir di luar sana yang sentiasa cuba untuk menyesatkan umat Islam.

Sentiasa ada sahaja ajaran-ajaran sesat baru yang muncul dalam usaha untuk menyesatkan orang-orang Islam di seluruh dunia tanpa mengira negara mana, semuanya tidak terlepas daripada ancaman tersebut.

Baru-baru ini satu amalan pelik dikesan masih dipraktikkan oleh segelintir umat Islam yang menjadi tular di Indonesia.

Baru-baru ini telah tersebar beberapa rakaman video memaparkan Muslimah yang dilihat mengerjakan sembahyang seperti ‘berjoget’ sehingga mencetuskan persoalan orang ramai.

Wanita-wanita itu dilihat menggangukkan kepala ke kiri dan kanan beberapa kali ketika sebelum sujud dan ketika selesai takbiratul ihram.

Menurut pengguna Facebook Ummi Mutiara, dia mendakwa perbuatan ‘joget’ ketika bersolat itu dikenal pasti hanya dilakukan oleh Muslimah di kawasan kediamannya.

“Semakin banyak saya jumpa individu yang bersolat seperti ini. Bagi sesiapa yang terserempak dengan mereka, sila tegur dan soal mereka sejak bila mereka memeluk Islam kerana cara mereka bersolat sangat menyimpang,” tulis Ummi, lapor MD.

Sementara itu, netizen di ruangan komen pula memberikan pelbagai pendapat di mana ada beranggapan Muslimah itu sesat dan tidak kurang juga yang mengatakan wanita itu ada kesukaran akibat berpenyakit.-Suara.TV
loading...