Jumaat, 9 Jun 2017

Video Tiga Perompak Larikan Kenderaan Tular

Video yang telah tular di media sosial menunjukkan sekumpulan perompak telah melarikan sebuah kenderaan yang dipercayai baru sahaja berlaku semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan parking Office di D6 Jalan Sentul, Kuala Lumpur berdekatan dengan Capers building.

Dalam kejadian tersebut, 3 orang susupek yang bersenjatakan parang di katakan telah melarikan sebuah kenderaan 4WD Xtrail berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WRD 1447.

Perompak berkenaan juga turut melarikan dompet berserta wang tunai, komputer riba serta beberapa barangan berharga yang berada di dalam kenderaan berkenaan.

Sehingga kini dikatakan kesemua suspek masih lagi belum berjaya ditangkap dan diburu oleh pihak polis.

Ketika kejadian kesemua suspek dikatakan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna Grey dengan nombor pendaftaran WQF 6198 berkemungkinan nombor pendaftaran tersebut adalah palsu.

Bagaimanapun mangsa di katakan tidak mengalami sebarang kecederaan.-Wartawan Jalanan

loading...