Jumaat, 16 Jun 2017

Wanita Seiras Kajol Menarik Perhatian Netizen.

PETALING JAYA – Dengan adanya media sosial semuanya tidak mustahil berlaku, menemui pelanduk dua serupa juga sesuatu yang mampu menarik perhatian pengguna media sosial.

Baru-baru ini dah banyak yang kita temui individu yang seiras dengan artis-artis popular tanah air mahupun luar negara, terbaru muncul pula seorang lagi gadis dari Negeri Di Bawah Bayu yang memiliki wajah mirip ratu Bollywood, Kajol Mukherjee.

Gadis yang dikenali sebagai Tasha Muslie itu mula mendapat perhatian pada Rabu selepas seorang jurusolek @yatimakeover memuat naik gambar #kajolsabah itu di Instagram miliknya.

“Tak boleh ‘move on’ lagi ini. Akak cari gambar Kajol dengan solekan dia lebih kurang dengan adik Tasha semalam (Rabu) untuk bagi nampak lagi sama.

“Kalau suka tolong ‘like’ dan kongsi. Bagi viral Kajol Sabah kita,” tulisnya di Instagram.

Tambah jurusolek dari Sabah itu, dia bersetuju bahawa Sabah sememangnya memiliki ramai gadis yang mirip dengan selebriti.

“Betullah di Sabah ini macam-macam ada rupa gadis-gadisnya. Gadis berwajah iras Kajol pun ada.

“Terima kasih adik @tashamuslie_ sudi tadah muka untuk kali kedua,” katanya.

Sementara itu, Tasha Muslie yang turut mengongsikan gambarnya di Instagram pula menulis kapsyen: “Be love, be light. Theme make up, would be like Kajol. Yay or nay? (Jadi cinta, jadi cahaya. Tema solekan, menjadi seperti Kajol. Ya atau tidak?”.-Suara.TV

loading...