Sabtu, 10 Jun 2017

Wanita Yang Dikatakan Digoda Oleh Shukri Tampil Membela Diri Setelah Dituduh Menipu.

Semalam telah kecoh di media sosial mengenai kenyataan seorang wanita yang juga peminat kepada pelakon Shukri Yahaya yang mendakwa telah di goda oleh pelakon tersebut untuk berkelakuan tidak senonoh bersamanya.

Namun begitu pelakon tersebut ketika ditemu bual menafikan perkara tersebut serta mengatakan bahawa wanita tersebut hanya berbohong serta hanya menginginkan publisiti murahan untuk meraih populariti.

Oleh kerana dikatakan seorang penipu, wanita tersebut telah tampil membela dirinya dan mengatakan bahawa dia sememangnya tidak berbohong serta memiliki bukti perbualannya bersama pelakon tersebut yang sememnagnya benar dan tidak disunting untuk kepentingan dirinya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sarah Danielle berkata dia mengenali Shukri adalah ketika Shukri sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak pada beberapa bulan yang lepas.

Sarah turut membela dirinya dengan berkata dia tiada apa-apa niat buruk selain bertindak mendedahkan kelakuan pelakon tersebut dengan niat untuk menghentikan gangguan yang dilakukan oleh pelakon tersebut terhadap dirinya.

Sarah turut berkata jika benar Shukri tidak bersalah mengapa dia nak takut, mengapa sejak cerita ini heboh di media sosial dia telah memadamkan akaun Wechat peribadinya serta telah menukar profile Instagramnya.

Sarah yang juga merupakan seorang model sambilan berkata dia tidak perlu takut kerana dia di pihak yang benar, Shukri yang harus takut sebab dia sememangnya bersalah malah saya sendiri telah disekat daripada Instagramnya.

Tetapi lain pula ceritanya daripada pihak Shukri yang bertanyakan, "Apa sebenarnya dia nak lagi?"

Shukri tenyata lebih tenang menghadapi situasi sebegini dan tidak mudah melatah dengan situasi yang menimpanya sekarang.

Malah Shukri turut berkata wanita ini hanya ingin mencari publisiti murahan serta tidak peduli jika dia ambil apa-apa tindakan kepadanya.

Namun begitu Shukri mengatakan dia berdiam diri bukanlah kerana dia bersalah tetapi dia berdiam kerana malas nak memanjangkan cerita ini kerana ingin menjaga reputasi diri dan maruah keluarga saya.

Siapa yang mengenali saya lebih tahu mengenai diri saya dan jika saya berterusan berlawan dengan dia apa bezanya saya dengan dia serta menganggap perbuatan wanita tersebut hanya seperti memperbodohkan diri sendiri.

Bagi Shukri sebagai pelakon, situasi sebegini bukanlah masalah yang besar buatnya kerana sebagai artis takkan pernah lari daripada kontroversi.

Shukri juga turut berkata bahawa isterinya juga menganggap perkara ini sebagai jenaka dan sesuatu kelakar serta berharap perkara ini tidak di panjangkan demi menghormati bulan yang mulia ini.





loading...