Khamis, 27 Julai 2017

Arnab Gergasi Mati, Pemilik Saman Syarikat Penerbangan

Foto Dari NY Daily News
United Kingdom - Pemilik arnab menyaman syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines, kerana kematian arnab gergasi yang di beri nama Simon ketika dalam penerbangan dari London ke Iowa, AS.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik arnab mendakwa United Airlines bertanggungjawab atas kematian haiwan peliharaan berkenaan.

Ketika kejadian mereka dikatakan dalam perjalanan menyertai satu pameran bagi mengutip dana bagi acara tahunan.

Saman terhadap syarikat penerbangan itu telah difailkan di Mahkamah Daerah Polk County, Des Moines, Iowa semalam

Mereka terdiri daripada tiga ahli perniagaan yang membeli baka arnab dari United Kingdom (UK) berkenaan.

Arnab gergasi yang digelar Simon berusia 10 bulan itu memiliki ukuran badan sepanjang 1.04 meter ditemui mati dalam pesawat kargo semasa penerbangan singgah di Chicago.

Menurut peguam yang mewakili pemilik arnab, arnab gergasi itu mati selepas pekerja-pekerja syarikat penerbangan meletakkan haiwan itu dalam peti sejuk selama 16 jam semasa mendarat.

Bagaimanapun dakwaan peguam itu dinafikan syarikat penerbangan Amerika Syarikat itu.

Pemilik arnab mendakwa pekerja-pekerja syarikat United Airlines itu telah membakar bangkai Simon tanpa kebenaran mereka sebelum membuat bedah siasat bagi menentukan kematian Simon.

"Sehingga kini kematian Simon masih sangat mencurigakan" kata pemilik arnab.

Menurut laporan yang diterima syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines itu memiliki rekod buruk mengendalikan haiwan dalam pesawat. - Harian Metro
loading...