Selasa, 18 Julai 2017

Hati-Hati Dengan Waja WJG 5153, Mereka Lari Selepas Saya Masuk Ke Balai Polis

Kuala Lumpur - Lagi kes tipu melibatkan kereta Proton Waja WJG 5153 yang mengaku sebagai penarik kereta telah mengejar dan menghimpit kenderaan mangsa sambil menjerit mengarahkan mangsa berhenti.

Menurut gambar yang tersebar di media sosial, mangsa dikatakan telah di kejar oleh 4 lelaki berbangsa India yang menaiki kenderaan jenis Waja WJG 5153 yang mengaku sebagai agen penarik kerata.

Mangsa telah dikejar serta dihimpit oleh kereta terbabit sambil menjerit mengarahkan supaya mangsa berhenti kerana gagal membayar tunggakan Bank.

Menurut mangsa beliau tidak memiliki sebarang tunggakkan dengan bank.

Mangsa hanya membuka tingkap sambil menyuruh empat lelaki terbabit supaya pergi ke balai polis Brickfields untuk sebarang perbincangan.

Setelah mangsa memasuki perkarangan balai polis, ke empat-empat mereka langsung menghilangkan diri terus beredar tanpa singgah ke balai terlebih dahulu.

Pesanan kepada orang ramai di luar sana, jangan berhenti. Teruslah ke Balai Polis berhampiran jika berlaku pekara begini kepada anda.

Mohon share supaya jenayah dapat dielakkan.
loading...