Sabtu, 22 Julai 2017

Hati-Hati Tukar Duit Dengan Orang Dalam Bank.

Segamat - Seorang wanita tidak menyangka bahawa niat baiknya yang memberi duit tukar kepada seorang lelaki disebabkan duitnya tidak di terima oleh mesin telah menyebabkan dia kerugian.

Wanita tersebut telah mengongsikan kejadian yang menimpanya di Facebook miliknya supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi kepada orang lain.

Melalui postingnya itu, dia memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku pada hari Rabu yang lalu ketika dia berkunjung ke sebuah bank bagi mengeluarkan duit di mesin ATM.

Selesai sahaja urusan, saya pun kelam kabut nak beredar dari situ sebelum di sapa oleh seorang lelaki yang ingin menukarkan duit RM 50 dengan saya sebab katanya duit dia tidak boleh nak masuk mesin.

Saya pun tanpa syak wasangka dan dengan rela hati buatlah pertukaran dengannya selepas itu terus berlalu sebab nak kejar masa nak ambil anak balik dari sekolah.

Ambil sahaja anak dari sekolah saya terus pergi ke pasar raya untuk membeli lauk tetapi yang nak di jadikan cerita semalam kami sekeluarga sepakat nak makan burger jadi saya bayarlah dengan menggunakan duit RM50 yang lelaki di bank itu tukar dengan saya sebab masa itu memang tak ada duit kecil.

Ke esokkan harinya penjual burger terbabit datang semula ke rumah saya sebab rumah saya dengan gerai burger itu berdekatan sahaja, dia telah memulangkan semula duit yang saya berikan semalam sebab duit itu palsu.

Nasib baik itu kawan-kawan suami juga tetapi saya memang tergamam dan hanya mampu minta maaf serta membayar semula duit burger yang di beli semalam sambil dalam hati tertanya-tanya serta kepala otak ini tak henti-henti berfikir.

Lepas itu baru saya tersedar bahawa saya telah di tipu ketika saya di bank lagi dengan lelaki yang meminta menukar duit terbabit tetapi nak menyesal pun tak guna dah sebab saya yang cuai sebab tak check terlebih dahulu duit terbabit sebelum menukarkannya.

Kalau tengok duit itu sekali imbas memang tak perasan itu duit palsu, jadi berhati-hatilah ketika berada di mana sahaja kerana di mana sahaja ada saja orang yang nak ambil kesempatan dengan kebaikkan kita.

Jadi sebelum nak buat urusan duit itu lebih baik check terlebih dahulu supaya tidak jadi macam saya, nak menyesal kemudian pun dah tak guna lagi.-Wartawan Jalanan

Inilah rupa duit palsu yang telah diteroka oleh mangsa
loading...