Sabtu, 29 Julai 2017

Kini Giliran Chef Wan Tegur Aliff Syukri Isu Makan Di Tepi Jalan

Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi tumpuan netizen kerana tindakan beliau makan di tepi jalan di Zurich, Switzerland.

Sebelum ini Datuk Aliff Syukri, pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak makan durian sambil bersila di lapangan terbang.

Menurut laporan Astro AWANI, Datuk Aliff Syukri memuat naik video yang menunjukan beliau dan keluarga makan di tepi jalan di Zurich, ke akaun Instagramnya.

Dalam video tersebut, Aliff Syukri memuat naik kapsyen bahawa beliau terpaksa bertindak sedemikian.

"Sedih saya, pergi restoran bawa bekal sebab di sini makanan halal amat susah nak dapat.

Baru bercadang nak pesan air untuk buat cover nak tumpang makan, tapi kami kena halau."Jadi kami makan saja di tepi jalan," tulisnya.

Video tersebut turut dikecam oleh Chef Wan di ruangan komen, apa yang dilakukan Datuk Aliff itu boleh mencemar imej pelancong dari Malaysia, kata Chef Wan

"Ia bukan satu paparan imej yang baik bagi pelancong Malaysia. Datuk (Aliff Syukri) bukan tak berduit.

"Imej rakyat Malaysia perlu dijaga apabila apabila ke luar negara. Tolong hentikannya," tulis Chef Wan.

Kata Chef Wan lagi, apa yang dilakukan Datuk Aliff itu boleh disalah tafsir sebagai riak oleh masyarakat dan ia memberi imej negatif kepada golongan berada.

"Riak bukan sahaja tidak baik dalam agama, tetapi juga boleh menjejaskan imej seseorang.

"Berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu hanya akan menjadikan kita bahan kutukan orang ramai.

"Anda mungkin ada duit, tapi duit tidak boleh beli kelas," nasihat Chef Wan. - Sumber: Astro AWANI Dan Wartawan Jalanan

Tindakan Datuk Aliff menerima kecaman netizen, termasuk chef dan personaliti terkenal, Chef Wan.
loading...