Sabtu, 22 Julai 2017

Lelaki Mohon Jasa Baik Netizen Kesan Dua Pencuri Yang Melarikan Motor Miliknya.

wajah dua pencuri yang melarikan motor 125zr
Klang - Seorang lelaki memohon jasa baik netizen bagi mengesan dua orang pencuri yang telah melarikan motorsikalnya pada hari Isnin yang lalu.

Lelaki terbabit yang di kenali sebagai Kunalan Ramiyah memberitahu bahawa motorsikal 125zr miliknya yang berwarna biru dengan no pendaftaran VM4364 telah di curi oleh dua orang individu yang tidak di kenali.

Ketika kecurian , dia telah meletakkan motor terbabit di hadapan rumahnya yang terletak di Klang Parade sebelum kedua pencuri terbabit telah melarikan motor miliknya.

Walau bagaimanapun dia yang menyedari kejadian terbabit cuba untuk mengejar pencuri terbabit namun tidak berjaya menangkap mereka.

Dia amat terkilan dengan kehilangan motor miliknya kerana dia telah bekerja keras untuk membeli motor terbabit dengan hasil titik peluhnya tetapi pencuri terbabit dengan sewenang-wenangnya telah mencuri motor miliknya.

Beliau telah meminta jasa baik semua orang supaya viralkan muka kedua pencuri ini bagi mengesan motor miliknya serta kedua pencuri ini, jika terserempak dengan pencuri ini bolehlah menghubungi beliau di talian 014-6461507.- Wartawan Jalanan





loading...