Rabu, 19 Julai 2017

Pencuri Motor Yang Paling Bengong

Foto Harian Metro
Tindakan seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan anggota polis kerana memuat naik gambar motosikal yang dicuri ke dalam kumpulan WhatsApp untuk mengajak wanita keluar bersiar-siar dengannya memerangkap dirinya sendiri.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 6 petang, suspek ditahan anggota polis wanita yang menyamar jadi minah rempit berpura-pura membuat temu janji untuk membonceng motosikal bersama suspek.

Suspek dikatakan akan membawa wanita untuk menunggang bersamanya di sekitar bandar Segamat.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, suspek dikatakan memuat naik imej motosikal SYM berwarna merah di dalam kumpulan WhatsApp.

"Suspek tidak sedar pemilik motosikal itu merupakan seorang lelaki berusia 40-an turut berada di dalam kumpulan WhatsApp yang sama."

"Pemilik motosikal pernah membuat laporan kehilangan motosikalnya di Balai Polis Labis, minggu lalu."

"Pemilik berkenaan memaklumkan kepada polis dan menyedari suspek mencari teman wanita."

"Kami menugaskan seorang anggota polis wanita untuk menyamar meminati motosikal berkenaan dan mahu membonceng bersamanya."- Harian Metro
loading...