Selasa, 4 Julai 2017

Saya Maafkan Mereka Yang Cabul Poster Gambar Saya: - Gadis Shell

Nor Shafila Khairusalleh memaafkan tindakan segelintir lelaki yang bertindak di luar batasan terhadap posternya ketika bergambar di stesen minyak shell baru-baru ini yang tular di media sosial

Menurut laporan Astro AWANI, model botol air mineral stesen minyak Shell itu berkata walaupun perkara tersebut mengaibkan namanya namun beliau tidak ingin perkara tersebut berlarutan.

Beliau merupakan penyelia Shell cawangan Tronoh itu berkata walaupun perkara tersebut mengaibkan namanya namun beliau tidak ingin perkara tersebut berlarutan.

Setiap manusia pastinya membuat kesilapan dan beliau berharap agar kejadian yang mengundang rasa tidak senang kepada dirinya dan suami tidak akan berulang lagi.

“Saya sendiri tidak mengetahui ada di antara lelaki yang tidak sensitif, menyentuh bahagian-bahagian sensitif poster tersebut, tapi saya tidak ingin memandang serius perkara ini.

“Paling penting, mereka tidak ulangi tindakan tersebut kerana mendatangkan contoh tidak baik kepada anak-anak kecil, dan generasi muda lain.

“Saya pun, bukannya sesiapa nak halang mereka. Benda ini sudah jadi, saya maafkan mereka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sebelum ini, gadis lulusan Diploma Ukur Tanah dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Kedah itu mula dikenali ramai selepas papan posternya bersaiz separuh badan manusia sedang memegang air mineral tular di media sosial.

Kata gadis cilik ini, perlakuan tersebut tidak melambangkan nilai-nilai murni sebagai rakyat Malaysia dan diharap agar ia tidak berulang lagi.

“Sekarang, Shell pun akan turunkan semua poster itu, jadi tak ada masalah saya rasa. Secara peribadi saya maafkan mereka,” ujarnya lagi.

Nor Shafila, yang satu ketika dulu popular apabila posternya yang menimbulkan kejutan mulai viral di laman sosial, ‘muncul’ sekali lagi dengan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex. - Astro AWANI


loading...