Isnin, 31 Julai 2017

Tiga Gambar Nasib Kanak-kanak Menangis Sebelah Ibu Tarik Perhatian Netizen

Kuala Lumpur - Amat menyedihkan ketika melihat dua orang kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa yang berlaku terhadap ibu mereka menangis cuba untuk membangunkan ibu mereka daripada tidur.

Melalui kiriman yang di hantar oleh Anil Roy, jelas kelihatan dua orang kanak-kanak yang sedang menangis di sisi ibunya yang terbaring di atas lantai bersebelahan Sani Hotel, kuala Lumpur.

Mengikut keterangan orang yang berada di situ, ibu kepada dua orang kanak-kanak terbabit ketika itu berada bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan dia tertidur di tepi jalan berkenaan.

Malang nasib kedua kanak-kanak terbabit yang tidak di perdulikan oleh ibu mereka yang ternyata seperti tidak sedarkan diri, kelihatan kanak-kanak perempuan terbabit cuba untuk mengejutkan ibunya namun tiada sebarang respon daripada ibunya itu.

Amat menyedihkan melihat dua orang kanak-kanak menangis di sisi ibunya itu, apalah nasib kedua mereka itu.



loading...