Rabu, 19 Julai 2017

Tun Mahathir Cabar Datuk Seri Najib Hadir Nothing To Hide 2.0.

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mahu Datuk Seri Najib Razak hadir ke program Nothing to Hide 2.0 yang akan dianjurkan bulan depan.

Menurut laporan Malaysiakini, Tun Mahathir mahu Najib hadir bagi menjawab pelbagai persoalan yang akan dibangkitkan olah rakyat.

Menurut Tun Mahathir melalui program Nothing to Hide 2.0 itu beliau akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan kepadanya, termasuk tuduhan berkaitan salah laku dana awam.

"Najib patut hadir sama dan beri jawapan atau buat tuduhan kepada saya."

"Kita akan beri penjelasan kepada semua," kata Dr Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam.

Saya pecaya jika Najib hadir polis tidak akan halang majlis itu kerana beliau ialah seorang perdana menteri. kata Tun Mahathir

Kata pengerusi Pakatan Harapan itu, majlis berkenaan dianjurkan oleh Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam.

Forum pada 13 Ogos itu bermula pada jam 3 petang dan dikendalikan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Malaysiakini

loading...