Ahad, 23 Julai 2017

Tunku Ismai Hadiri Makan Malam Bersama Cristiano Ronaldo.

Foto Dari JOHOR Southern Tigers
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghadiri makan malam bersama Cristiano Ronaldo yang merupakan bintang bola sepak terkemuka dunia.

Namun tidak dimaklumkan di mana lokasi makan malam Tunku Ismail dan Cristiano Ronaldo itu berlangsung.

Menurut laporan Astro AWANI, berita tersebut tersebar selepas sekeping foto, dikongsikan ke laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers.

"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo sebelum berlepas ke Terengganu keesokan pagi untuk menghadiri Mesyuarat Exco FAM dan sesi bertemu penyokong bola sepak tanahair pada 22hb Julai 2017," tulis kapsyen pada gambar itu.

Menerusi laporan portal berita Mediacorp, Ronaldo tiba di Singapura pada Jumaat bagi mengunjungi usahawan terkemuka, Peter Lim.

Kehadiran Ronaldo adalah untuk menziarahi anak perempuan Lim yang baru melahirkan cahaya mata.

Menurut sumber Ronaldo mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Lim, di mana kapten Portugal itu telah menjual hak penyiaran foto kepada Mint Media, syarikat milik Lim. - Astro AWANI
loading...