Selasa, 18 Julai 2017

Video 2 Lelaki Kantoi Lakukan Hubungan Sejenis Di Bilik Hotel.

KALIMANTAN SELATAN, INDONESIA - Dua orang lelaki telah ditahan kerana didapati berada dalam keadaan yang mencurigakan ketika mereka telah diserbu oleh pihak berkuasa.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah hotel di sini dan ketika serbuan dilakukan terhadap mereka yang mendiami bilik hotel berkenaan telah mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit sebelum membuka pintu bilik.

Serbuan terbabit turut melibatkan beberapa anggota Polis Banjarmasin Timur yang diketuai oleh Yulianti, terdapat video yang berdurasi selama 3 minit 30 saat yang menunjukkan ketika pihak berkuasa menyerbu bilik dua lelaki yang mencurigakan itu.

Penghuni bilik terbabit hanya memberikan kebenaran untuk memeriksa bilik mereka hanya selepas pihak berkuasa memperkenalkan diri serta memberitahu tujuan kehadiran mereka.

Kelihatan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an tidak memakai pakaian ketika mereka melakukan serbuan serta turut menggeledah bilik dan barangan peribadi kedua-dua lelaki terbabit.

Pihak polis telah pun merekodkan pengenalan mereka serta telah melakukan pemeriksaan pada badan salah seorang daripada mereka.

Walaupun tidak menemui apa-apa ketika pemeriksaan tetapi kelakuan aneh dua lelaki terbabit yang mendakwa bahawa mereka bekerja di satu pejabat yang sama amat mencurigakan.

Pihak berkuasa telah menemui sebotol gel berwarna biru yang dipercayai merupakan sejenis gel pelincir yang digunakan bagi melakukan hubungan seks.

Apabila di tanya mengenai gel terbabit, salah seorang daripada mereka telah memberitahu bahawa gel terbabit di beli olehnya untuk kegunaanya bersama isteri tetapi keadaan botol gel terbabit yang menunjukkan bahawa gel terbabit telah digunakan menimbulkan lagi syak wasangka.

Penemuan tisu-tisu yang telah digunakan di dalam tong sampah juga menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka telah menggunakannya selepas melakukan hubungan seksual.

Turut di jumpai sehelai pakaian wanita yang masih baru di dalam bilik berkenaan dan dipercayai telah di guna pakai oleh salah seorang daripada mereka.

loading...