Sabtu, 8 Julai 2017

Video: Kecoh Suami Isteri Berebut Anak Di Hospital Sungai Buloh

Sungai Buloh - Di depan perkarangan Hospital Sungai Buloh kecoh apabila apabila seorang lelaki dan wanita berebut kanak-kanak yang merupakan anak mereka.

Video yang tular di medai sosial itu menyaksikan beberapa pengawal keselamatan hospital tersebut cuba untuk menenangkan keadaan apabila bapa kanak-kanak berusia dua tahun itu datang ke Hospital untuk membawa lari anaknya yang sedang di rawat dan dijaga oleh isteri.

Menurut laporan mStar Online, keadaan bertukar tegang apabila suaminya mula membawa keluar kanak-kanak berkenaan menggunakan sebuah kereta berwarna hitam.

Usaha pengawal keselamatan untuk mendapatkan kanak-kanak itu tidak berjaya kerana mereka dihalang bodyguard bapa kepada kanak-kanak itu sebelum lari menggunakan sebuah lagi kenderaan berwarna putih.

Dalam video berkenaan terdengar suara orang ramai dengan berkata, "mana bodyguard dia tadi, tangkap dia... tangkap dia. Bodyguard dia jangan lari, tangkap dia," kata orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Turut kedengaran suara raungan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak yang dilarikan.

Pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh menafikan wujud usaha sekumpulan lelaki untuk menculik pesakit kanak-kanak dari hospital terbabit yang tersebar di media sosial.

Pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh menafikan wujud usaha sekumpulan individu untuk melarikan seorang pesakit kanak-kanak dari hospital terbabit.

Pihak hospital menjelaskan kekecohan itu berpunca daripada suami dan isteri isu perebutan giliran penjagaan anak mereka.

Menurut kenyataan itu, isu penjagaan kanak-kanak terbabit telah pun diputuskan mahkamah sebelum ini terhadap keluarga tersebut.

"Bapa kanak-kanak tersebut telah mengambil anak keduanya dari penjagaan ibunya di hospital ini semasa menemani anak pertama dirawat di sini," demikian menurut kenyataan tersebut. - mStar Online

loading...