Rabu, 19 Julai 2017

Video Lelaki Britain Teruja Beli Kereta Proton Dengan Harga 50 Pound

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ian Seabrook dari Britain telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback dengan harga 50 pound atau RM280 dan telah memuat naik video tersebuat di Youtube.

Menurut laporan Malaysian Digest, Ian Seabrook merupakan seorang blogger automatif yang terkenal di Britain mengatakan kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak berfungsi.

Dalam video yang berdurasi 4.38 minit itu dapat dilihat Ian Seabrook idak sabar menjalankan operasi membaik pulih (restoration) kepada kereta berkenaan.

Kata Seabrook idak kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik dan suka akan bentuknya,"

Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta Malaysia kedua yang dibelinya.

Pada 2016, Ian telah membeli Perodua Kancil dan telah memuat naik video 'review' mengenai kenderaan tersebut di saluran Youtubenya. - Malaysian Digest

loading...