Jumaat, 21 Julai 2017

Video: Putera Arab Pukul Orang Awam, Raja Salman Arah Tangkap.


Satu video yang viral di media sosial melibatkan seorang Putera Arab Saudi dilihat bertindak kejam terhadap orang awam dapat perhatian dari pemerintahan Negara itu.

Menurut laporan Harian Metro, Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengarahkan pihak berkuasa menahan serta-merta seorang kerabat diraja negara itu kerana mendera orang awam, termasuk wanita.

Raja Salman mengarahkan penahanan Putera Saud bin Abdulaziz bin Musaed bin Saud bin Abdulaziz serta rakan subahatnya dalam video yang dilapor dimuat naik ke You Tube dan Twitter semalam.

Antaranya, raifal diacu kepada dua lelaki dengan seorang daripadanya berdarah di kepala.

Satu klip yang ditonton lebih 760,000 kali menunjukkan 18 botol wiski Johnnie Walker Red Label di atas meja dan sejumlah wang tunai. Penjualan dan minum minuman keras dilarang di Arab Saudi.

Satu lagi rakaman menunjukkan seorang lelaki duduk dalam kereta dengan mulutnya berdarah hingga mengenai baju sambil dicerca kerana meletak kereta di depan sebuah rumah.

Satu lagi rakaman menunjukkan putera itu menendang dan menumbuk seorang lelaki di atas kerusi dalam bilik.

Video terbabit kini tular di Arab Saudi melalui Twitter, dan orang ramai mendesak kerabat diraja itu ditahan serta-merta.

Laporan di stesen televisyen kerajaan Arab Saudi, Al-Ikhbariya, Raja Salman telah mengeluarkan arahan menangkap ke semua orang yang terlibat mendera dan akan dibebaskan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman.

Hari ini, satu video tersiar menunjukkan putera itu dibawa keluar oleh polis dari sebuah bangunan dengan tangannya bergari. - Harian Metro

loading...