Rabu, 19 Julai 2017

Video Tunang Jarak Jauh Buat Kejutan Untuk Mak Dan Abah.

Sebuah video kisah pasangan muda mengadakan majlis pertunangan secara panggilan video Skype tular selepas beberapa gambar termasuk video dimuat naik di laman sosial sejak Selasa.

Menurut laporan mStar Online, netizen mula menunjukan pelbagai reaksi berhubung majlis pertunangan membabitkan yang dipaparkan di komputer riba dan disambungkan ke 'monitor' bagi paparan lebih jelas buat tetamu.

Muhammad Idham Aisha, 27 dan pasangannya Nur Amirah Mohammad Noor, 25, bertunang di rumah keluarga perempuan, di Bukit Rambai, Melaka pada Sabtu lalu.

Menurut Muhammad Idham kedua-dua ibu bapanya yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga dan saudaranya sebenarnya tidak mengetahui mengenai rancangan untuk membuat panggilan video selepas majlis.

Muhammad Idham  belajar dan bekerja di Jepun hampir lapan tahun, hanya beberapa kali saja saya pulang ke Malaysia. Sepanjang tempoh ini, saya tak pernah buat ‘video call’ dengan abah dan mak sebab di kampung di Kampung Gajah, Perak tak ada kemudahan untuk menggunakan ‘skype’.

Katanya lagi ini pertama kali buat ‘video call’ dengan mereka. Alhamdulillah, kejutan untuk mak abah. Menitis air mata abah jugalah masa bercakap dengan saya depan ‘monitor’ (skrin komputer),” katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp Call pada Rabu.

Dalam video yang tular di media sosial, Amirah menunjukkan cincin pertunangannya kepada Idham menerusi panggilan video Skype selain turut bergambar 'bersama' dengan skrin ‘monitor’.

Sementara itu, Amirah pula berkata, dia tidak menyangka sesi panggilan video yang dibuat keluarganya selepas ditunangkan tular di media sosial.

“Bukan saya atau Idham yang memuat naik video ini, jadi memang terkejut bila dikongsi ramai di Facebook. Terima kasih kepada mereka yang menyukainya. Bagi yang mengecam, itu mulut mereka nak kata macam-macam, terpulang kepada mereka.

"Tapi video ini sekadar berkongsi kegembiraan kami sekeluarga terutama memberi kejutan kepada mak dan abah Idham. Ia juga menunjukkan kami mendapatkan restu daripada kedua-dua keluarga. Kan lebih baik doakan kami yang baik-baik sampai ke jinjang pelamin,” katanya.

“Begitu juga ‘video call’ yang dibuat selepas kami bertunang, dia tampil bersemuka dengan keluarga saya dan keluarganya. Bukan semua lelaki seberani dia,” katanya yang merancang untuk menyambung pengajian dalam peringkat Sarjana di Jepun. Sumber: mStar Online



Foto mStar Online
Foto mStar Online
Foto mStar Online
loading...