Khamis, 20 Julai 2017

Video Tunku Ismail Pamer Bakat Menembak Bersama JMF

Satu rakam video berdurasi 5.30 minit memaparkan aksi kemahiran pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) melakukan latihan menyelamat tebusan dalam sebuah bangunan.

Menurut laporan Malaysiakini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berlatih menembak bersama pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF), baru-baru ini.

Dalam video tersebut mempamer aksi Tunku Ismail  memaparkan kemahiran menembak dalam satu rutin latihan  di padang sasar pusat latihan JMF.

Tunku Ismail dilihat menembak dengan tepat dalam latihan tersebut. Kata Tunku Ismail , latihan tersebut dilakukan setiap dua minggu sekali.

loading...