Khamis, 27 Julai 2017

Wanita Tidak Dikenali Tiba-tiba Ucap Selamat Datang Ke Neraka.

 secara tiba-tiba dia telah di serang oleh seorang wanita dengan pengenalan nama Sara
Wanita yang dikatakan berdendam
Semakin canggih teknologi sekarang semakin banyak pula manusia yang bertindak ikut suka tanpa menggunkan akal yang waras serta tidak memikirkan orang lain.

Seperti yang berlaku kepada salah seorang lelaki yang dikenali Aiman Izani apabila secara tiba-tiba dia telah di serang oleh seorang wanita dengan pengenalan nama Sara di akaun We Chat miliknya.

Melalui perbualan tersebut dapat dilihat pada mulanya Sara memulakan perbualan dengan bertanyakan mengenai harga lukisan gambar kahwinnya yang mahu dia lukis tetapi apabila di minta untuk menghantar gambar dengan secara tiba-tiba gaya perbualannya itu berubah dengan drastik.

Secara tiba-tiba dia memberitahu bahawa Aiman merupakan musuhnya dan telah meletakkan segala maklumat Aiman di laman web gay dan mmeberitahu bahawa dia amat berdendam dengan Aiman serta akan menviralkan Aiman pada satu dunia.

Aiman yang tidak mengenali serta tidak tahu apa salah dia sehinggakan wanita terbabit secara tiba-tiba bertindak menyerangnya itu cuba bertanyakan siapa sebenarnya itu sehingga berkelakuan sebegitu.

Malah Sara bukan sahaja tidak menjawab pertanyaannya itu malah dia terus-terusan mengatakan bahawa dia amat berdendam dengan Aiman serta tidak akan tenang jika tidak membinasakan orang yang dia amat benci itu.

Sara juga turut memberitahu bahawa dia akan membuat we chat fake serta mencari gaduh dengan siapa sahaja dengan menggunakan nama dan gambar milik Aiman.

Sara juga turut memberitahu bahawa dia telah add ke semua friendlist fb milik Aiman tersebut di akaun fake miliknya bagi menjayakan rancangan jahat miliknya itu.

Sewlepas habis mmeberikan penerangan kepada Aiman, Sara terus memberitahu bahawa dia telah pun block Aiman dan mengucapkan selamat datang ke neraka ciptaannya itu.

Aiman yang tidak menyangka langsung ada juga orang yang berkelakuan sebegitu telah mengambil screenshot perbualan mereka itu dan di muat naik di media sosial.

Pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah Aiman ini adalah, kalau boleh jangan sesekali menyakiti hati orang lain atau pun melakukan perkara yang kita sendiri pun tidak sedar salah kerana kita sendiri pun tak tahu jika ada yang menyimpan dendam ke atas kita.

Sedangkan mengikut daripada perbualan tersebut dapat di lihat bahawa Aiman sendiri pun tidak tahu apa salah dia dan siapa sebenarnya wanita yang tiba-tiba sahaja mengatakan bahawa dia berdendam dengannya.





loading...