Rabu, 16 Ogos 2017

4 Gambar Ngeri Suami Bunuh Isteri Dan kekasihnya Berdua-duaan Dalam Keadaan Bogel.

Colombia - Seorang lelaki telah didakwa kerana melakukan pembunuhan terhadap isteri serta teman lelaki isterinya dalam keadaan yang mengerikan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah menembak mati isterinya serta kekasihnya selepas menemui wanita terbabit berada dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang bersama kekasihnya dipercayai sedang melakukan hubungan seks.

Lelaki terbabit Juan Carlos Garcia, 42 tahun yang juga merupakan suami kepada Sandra Castellanos, 39 tahun telah mengakui melakukan pembunuhan Sandra serta teman lelakinya Noe Gomez, 35 tahun di rumah milik mereka di Atlantico, Colombia pada Jumaat yang lalu.

Juan dikatakan mengetahui kecurangan isterinya itu melalui jiran tetangga yang mengadukan perkara berkenaa kepadanya selepas melihat isterinya sering membawa masuk seorang lelaki ke dalam rumahnya ketika ketiadaan Juan.

Juan percaya bahawa Sandra telah melakukan perbuatan tersebut ketika dia sedang bertugas shift malam dan cuba memasang perangkap bagi menangkap Sandra bersama kekasihnya Noe.

Carlos kemudiannya telah berpura-pura untuk pergi ke kerja bagi menangkap Sandra ketika bersama dengan Noe.

Carlos telah pergi ke rumah rakannya untuk bersembunyi sebelum menghubungi Sandra pada pukul 9 malam bagi mengetahui keadaan anak-anaknya ketika itu.

Sandra telah memberitahu Carlos bahawa ketika itu anak-anak mereka telah pun masuk tidur awal oleh kerana perlu ke sekolah keesokkan hari.

Carlos telah pulang ke rumah sekitar pukul 9 malam bersama sepucuk pistol sebelum menemui isterinya itu dalam keadaan yang mengaibkan bersama Noe.

Carlos yang merasa marah dengan kecurangan Sandra telah menembak mati kedua-dua pasangan tersebut ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Manakala anak-anaknya langsung tidak mengetahui perkara tersebut kerana mereka bertiga ketika kejadian sedang tidur di bilik mereka.

Carlos kemudiannya telah menyerah diri ke balai polis serta telah menyatakan bahawa dia tidak menyesal melakukan perbuatan tersebut kerana Sandra telah berlaku curang terhadapnya dan dia akan di dakwa atas tuduhan membunuh dengan niat.

Manakala ketiga-tiga anaknya akan dijaga oleh sanak saudara.



loading...