Rabu, 23 Ogos 2017

4 Penyokong Myanmar Dipukul Dan Disamun Selepas Tamat Perlawanan.

Shah Alam - Satu kejadian cubaan samun telah dilakukan sekumpulan individu terhadap empat orang warga Myanmar selepas tamat perlawanan bola semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan tempat letak kereta di kawasan stadium Shah Alam berkenaan ketika ke empat-empat warga Myanmar tersebut sedang berjalan di kawasan terbabit bagi menuju ke bas.

Ketika sedang berjalan secara tiba-tiba mereka telah diserang dan di pukul oleh sekumpulan penyokong Malaysia dari arah belakang.

Menurut sumber Shareel Eizwan, kejadian tersebut merupkan satu cubaan samun kerana beg dompet serta telefon bimbit milik mangsa telah di ambil oleh kumpulan tersebut.

Beberapa individu yang melihat kejadian tersebut cuba untuk menghulurkan bantuan kepada mereka berempat namun disebabkan bilangan mereka yang lebih ramai menyebabkan mereka turut dibelasah oleh sekumpulan penyokong terbabit yang kemudiannya melarikan diri selepas berjaya mengambil beg dompet serta telefon bimbit warga Myanmar tersebut.

Dua orang daripada warga Myanmar tersebut mengalami kecederaan teruk selepas dibelasah, seorang daripada mereka memang cedera teruk sehingga terpaksa di angkat menaiki Hilux manakala seorang lagi yang cedera di kepala menunggu Ambulans datang.

Perbuatan kumpulan tersebut yang membelasah warga Maynmar selepas perlawanan bola semalam betul-betul menunjukkan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mencemarkan nama baik negara Malaysia sendiri. - Shareel Eizwan



loading...