Selasa, 29 Ogos 2017

Bendera Bertabur Pada Paparan Pungutan Pingat

Petaling Jaya - Belum pun surut isu mengenai bendera yang dicetak secara terbalik kini isu baru pula timbul mengenai bendera berterabur tanpa mengikut aturan negara yang sepatutnya pada paparan pungutan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang di siarkan di saluran TV2 tidak sepatutnya berlaku.

Datuk Abu Bakar Ab Rahim yang juga merupakan Ketua Pengarah Penyiaran memberitahu bahawa dia tidak menolak kemungkinan individu yang bertanggung jawab atas kesilapan ini akan berdepan dengan tindakan digantung kerja.

Namun menurut laporan mStar Online, beliau turut memberitahu bahawa tindakan tersebut hanya akan diambil selepas melihat sejauh mana berat serta seriusnya kesalahan yang dilakukan oleh individu terbabit.

Menurutnya lagi siasatan dalaman tersebut sedang dijalankan oleh satu jawatankuasa, malah tindakan tatatertib terhadap individu berkenaan juga akan dibuat berdasarkan peraturan kerajaan selepas hasil siasatan secara menyeluruh diperolehi..

Ketika ditanya mengenai kemungkinan petugas terbabit dikenakan tindakan gantung, Abu Bakar hanya menjawab "Ya, mungkin" malah petugas terbabit sudah pun dipanggil memberikan keterangan untuk siasatan berhubung kesilapan penyiaran berkenaan.

Akan tetapi hasil siasatan tersebut hanya akan dibuat selepas tamat Sukan SEA kerana buat masa sekarang kita hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sukan SEA.

Mengulas lanjut mengenai kesilapan tersebut yang menjadi topik hangat serta tular sejak minggu lalu berhubung kesilapan meletakkan bendera beberapa negara yang menyertai KL2017 dalam paparan bilangan pingat yang dimenangi atlet ketika berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam hari Khamis yang disiarkan secara langsung.

Antara lapan bendera daripada 11 negara yang tersilap diletakkan membabitkan Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Loas.

Namun begitu Abu Bakar memberitahu pada Jumaat yang lalu bahawa pihak mereka telah pun mengakui segala kesilapan tersebut serta telah membuat permohonan maaf secara terbuka ketika segmen berita di saluran TV yang sama dan turut disusuli dengan permohonan maaf menerusi siaran Berita Nasional di saluran TV1 pada tengah malam di hari yang sama.

"Keputusan pungutan pingat yang sentiasa berubah-rubah antara punca kesilapan pada peringkat produksi ketika memberikan maklumat terkini berhubung acara KL2017." kata Abu Bakar.
loading...