Ahad, 13 Ogos 2017

Ditipu Beli Barang Kemas Bercampur Besi, Minta Tukar Semula Tetapi Hanya Dibayar Separuh Dari Harga Barang.

Negeri Sembilan - Sebuah kedai emas telah di viralkan di media sosial kerana telah di katakan menjalankan perniagaan  secara penipuan apabila telah menjual barangan kemas tiruan kerana dikatakan barang kemas di kedai terbabit telah dicampurkan dengan besi.

Kedai emas yang dikatakan terletak di Bahau bersebelahan dengan BSN tersebut dikatakan tidak mahu bertanggung jawab di atas kesalahan mereka.

Mengikut daripada kenyataan seorang pengguna facebook, kejadian ini berlaku terhadap adik iparnya sendiri yang dikatakan telah membeli barang kemas terbabit di kedai tersebut.

Pada mulanya adik iparnya dikatakan telah pergi ke kedai emas terbabit bagi menukar barang kemas lain namun terkejut selepas diberitahu bahawa barang kemas miliknya itu adalah palsu kerana terdapat besi yang melekat pada magnet.

Dia amat terkejut kerana barang kemas terbabit telah di beli olehnya di kedai tersebut juga dan bagaimana pula barang kemas terbabit di katakan adalah palsu.

Adik ipar sampai bertengkar dengan orang yang jaga kedai emas terbabit untuk meminta agar duit dia di kembalikan tetapi tauke kedai tersebut tetap tidak mahu gantikan yang baru malah hanya pulangkan separuh sahaja duit dari harga barang kemas terbabit.

Mengikut daripada kenyataan salah seorang pengguna facebook, terdapat banyak kes seperti ini dilaporkan di Bahau yang melibatkan kesemua kedai emas di kawasan Bahau serta diseluruh Malaysia.

Pihak berkuasa seharusnya bertindak menyita semua kedai emas yang menipu dan kalau pihak berkuasa dah sita 10 kedai sekalipun pasti kebanyakkan kedai emas takut untuk melakukan penipuan tersebut.

Jadi berhati-hatilah kepada sesiapa yang nak beli barang kemas itu, kalau nak beli barang kemas di nasihatkan supaya membawa magnet ketika nak pergi beli barang kemas supaya senang kau orang nak periksa sendiri sama ada tiruan atau tidak.
loading...