Rabu, 16 Ogos 2017

Hati-Hati Kalau Jumpa Duit Terabur Dekat Atas Jalan...

Kuala Lumpur - Seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila duit yang baru dia keluarkan dari bank bagi membayar gaji pekerja telah lesap dilarikan oleh individu yang tidak dikenali.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada pukul 12.25 tengah hari tadi ketika lelaki terbabit baru mengeluarkan duit dari bank Maybank Seri Rampai di sini.

Menurut rakan mangsa Khairy Zainorin yang memuat naik kejadian yang menimpa sahabatnya itu memberitahu bahawa ketika kejadian sahabatnya itu baru sahaja masuk ke dalam kereta untuk menghidupkan enjin.

Tiba-tiba seorang wanita yang kelihatan seperti wanita Iran telah mengetuk cermin kereta miliknya dengan kuat serta menunjukkan duit yang berteraburan di tayar belakang kenderaannya itu.

Bila dah macam itu kawan saya pun keluarlah nak tengok sambil terbongkok dan ketika itulah seorang lelaki Arab terus buka pintu depan belah kiri dan telah melarikan beg yang berisi duit gaji pekerjanya.

Ini merupakan tektik terbaru yang di gunakan oleh penyamun dalam melarikan barang berharga milik mangsanya, jadi berhati-hatilah serta kongsikanlah maklumat ini kepada saudara dan sahabat handai supaya menjadi peringatan buat mereka semua.-Khairy Zainorin
loading...