Jumaat, 18 Ogos 2017

Ibu Terkejut Baca Diari Anak Berusia 12 Tahun, Dirogol Berulang Kali Oleh Teman Lelaki Ibu


Kuala Lumpur: Seorang wanita amat terkejut ketika membaca diari milik anak perempuannya yang berusia 12 tahun mengenai perlakuan keji teman lelakinya yang merogol anaknya berulang kali.

Diari tersebut telah membongkarkan segala perbuatan lelaki tersebut terhadap mangsa sehingga bulan Julai.

Menurut Ketua polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, ibu mangsa tidak mengetahui perkara yang menimpa anaknya itu sehinggalah selepas dia membaca luahan hati anak gadisnya itu serta telah bertanyakan sendiri kepada mangsa mengenai kejadian tersebut.

Ibu mangsa amat terkejut dengan kejadian yang menimpa anak bongsunya daripada dua beradik hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Selepas ditanya barulah anaknya itu telah menceritakan bahawa teman lelaki ibunya itu telah memasuki bilik tidurnya serta merogol mangsa pada April lalu ketika dia pergi ke China atas urusan kerja.

Menurut keterangan mangsa sendiri, dia telah dirogol sebanyak empat kali oleh suspek sehingga Julai lalu.

Hasil siasatan, Ahmad Dzaffir memberitahu bahawa suspek telah menginap di rumah yang di diami pengadu sejak lima tahun yang lalu dan akan meninggalkan mereka jika terdapat urusan perniagaan di luar negara.

Hasil daripada laporan yang diterima, pihak polis kemudiannya telah mengerahkan sepasukan anggota polis dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kajang bagi menahan suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Menurutnya lagu, suspektidak mempunya sebarang rekod lampau serta ujian saringan air kencingnya juga didapati negative.

Namun begitu suspek tetap di tahan reman selama enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Kes tersebut akan di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat. - Astro Awani.
loading...