Jumaat, 18 Ogos 2017

Joy Hanya Mengeluarkan Kenyataan Berdasarkan Emosi,- Hafiz Hamidun

Rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun bersama Joy Revfa yang merupakan pengasas kosmetik menjadi semakin tegang selepas tersebarnya beberapa kenyataan yang di keluarkan oleh Joy di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Hafiz akhirnya telah tampil bagi menjelaskan keadaan sebenar yang menjelaskan mengenai isterinya itu yang dikatakan telah membuat kenyataan hanya berdasarkan emosi semata-mata sahaja.

Hafiz berusia 33 tahun ketika ditemui berkata bahawa ada pihak yang telah memanipulasikan keadaan sehingga menyebabkan rumah tangga saya bersama Joy menjadi semakin tegang.

Menurut Hafiz, diamasih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini tetapi semakin banyak pula pihak yang sengaja menambah-nambahkan cerita sehinggakan isu ini bertambah panas serta menjadi semakin rumit.

Hafiz juga turut memberitahu bahawa dia hanya mampu menyatakan bahawa semua kenyatan yang di keluarkan daripada pihak sana adalah tidak benar sama sekali serta hanyalah berdasarkan emosi semata-mata.

Pelbagai dugaan yang terpaksa dia tempuhi sepanjang perkahwinannya yang baru berusia tiga bulan bersama Joy namun mengikut kenyatan Hafiz di laman sosial Instagram miliknya semalam menjelaskan bahawa ianya sama sekali tidak berkait dengan hal rumah tangganya.

"Saya akan jelaskan perkara ini bila tiba masanya nanti dan diharap tiada pihak memperkatakan mengenai isu ini lagi sehingga menimbulkan persepsi buruk kepada masyarakat,"katanya lagi.

Pada Rabu lalu, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30 tahun,telah memuat naik status di facebook miliknya meluahkan perasaan kekecewaannya mengenai tanggungjawab seorang suami.

Kenyataan Joy itu seperti memberikan bayangan bahawa Hafiz gagal dalam menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang suami kepadanya.

Joy Revfa yang juga merupakan seorang ibu tunggal beranak satu telah selamat diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz bersama pasangannya Hafiz Hamidun.- mStar Online
loading...