Khamis, 17 Ogos 2017

Keluarga Mangsa Tampil Memperjelas Isu Remaja Perempuan Dipukul.

Pulau Pinang - Susulan kejadian seorang remaja perempuan yang ditangkap serta di belasah oleh penduduk kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor, seorang wanita telah tampil memperjelaskan mengenai isu sebenar kejadian tersebut.

Seorang wanita dikenali sebagai Azira Suib yang juga merupakan cucu kepada warga emas yang di samun terbabit melalui akaun facebooknya telah tampil menjelaskan keadaan sebenar ketika kejadian.

Menurut Zira, mangsa samun itu merupakan neneknya sendiri dan turut memberitahu bahawa neneknya telah dipukul dengan menggunakan kayu di bahagian kepala serta perut ketika dia serta adiknya tiada di rumah kerana bekerja.

Zira turut menyatakan bahawa memang ramai yang marah dengan tindakan penduduk kampung yang membelasah penyamun tersebut serta menyuruh kami fikirkan sendiri kalau perkara tersebut berlaku kepada anak kita.

Tetapi masyarakat tidak fikir pula kalau benda itu jadi dekat mak ayah serta nenek kau orang sendiri sebab yang jadi mangsa dan yang kena pukul itu seorang warga emas, memanglah ada undang-undang tapi fikirlah kalau benda ini jadi dekat diri sendiri atau keluarga kau orang.

Menurut Eyma Halim pula yang merupakan saudara mangsa samun terbabit pula memberitahu bahawa tiga hari sebelum kejadian ini remaja tersebut telah cuba memecah masuk rumah ibu saudaranya itu tetapi tidak berjaya.

Namun semalam remaja terbabit telah berjaya memecah masuk rumah ibu saudaranya itu selepas kedua-dua cucunya yang tinggal bersama dengannya tiada kerana keluar bekerja.

Laporan polis pun telah di buat berhubung insiden yang menimpa ibu saudaranya itu, Eyma juga turut mengatakan kepada semua yang sebarkan berita serta info yang salah itu supaya berhenti menyebarkan berita yang tidak betul.



loading...