Khamis, 31 Ogos 2017

Lans Koperal Maut Ditetak Dan Ditembak Dalam Balai.

Kuala lumpur: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas ditetak serta ditembak ketika sedang menjalankan tugas.

Mangsa yang dikenali sebagai Valentino Mesa ditemui maut kira-kira pukul 3.30 pagi, kejadian tersebut berlaku di Balai Polis Pinggiran USJ.

Menurut laporan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata ketika kejadian mangsa dikatakan sedang bertugas di kaunter pertanyaan dan hasil siasatan yang dilakukan oleh Unit Forensik Selangor turut menemui kesan tetakkan pada mangsa.

"Namun begitu tiada sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut kerana siasatan masih lagi sedang dijalankan di lokasi sekitar kejadian bagi mendapatkan maklumat sebenar serta motif sebenar pembunuhan tersebut dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor memberitahu bahawa sidang media akan dibuat di lokasi kejadian.

Pada 18 Ogos yang lalu, seorang anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap Bukit Aman, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail juga maut akibat ditembak di Taman Sri Hosba, Changlun, Kedah.
loading...