Sabtu, 12 Ogos 2017

"Lebih Baik Sarjan Bunuh Saya Kalau Taknak Permudahkan Kes"- Man Tyson

Man Tyson
Malang bagi seorang lelaki apabila dia yang dilanggar oleh seorang pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk namun tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Semalam seorang lelaki yang dikenali sebagai Man Tyson melalui akaun facebook miliknya telah mengongsikan mengenai satu kejadian yang menimpanya sehingga menyebabkan dia terpaksa duduk di rumah selama tiga bulan kerana kakinya patah.

Menurut Man kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang bekerja sebelum dia telah dirempuh oleh sebuah kereta myvi yang dipandu oleh seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk.

Wanita terbabit yang panik selepas melanggarnya kemudiannya bertindak melarikan diri sebelum ditahan semula oleh dua orang kawan Man yang mengejar wanita tersebut daripada melarikan diri serta telah merampas kunci keretanya sementara menunggu ketibaan pihak polis.

Tengah tunggu polis datang tiba-tiba ada group towing datang berbual dengan pemandu myvi tersebut dan terus datang minta kunci serta bawa pergi keretamyvi tersebut.

Mengikut kata Man, kawan-kawannya itu terpaksa berikan kunci kereta itu sebab tak boleh nak buat apa kerana dia orang datang ramai-ramai jadi tak nak berlaku benda tak di ingini dan masa itu pun aku dah dalam ambulans menuju ke Hospital Kuala Lumpur.

Masalah aku sekarang ini aku nak suruh pemandu berkenaan bertanggung jawab atas kejadian yang menimpa aku ini tapi aku tak boleh nak claim insurans atas kereta dia sebab roadtax dengan insurans kereta dia dah tamat tempoh.

Macam mana aku nak claim sebab kaki aku ini dah patah dan terpaksa duduk rumah tiga bulan macam orang lumpuh malah pemandu itu pun langsung tidak datang berjumpa aku ataupun meminta maaf atas apa yang berlaku.

Aku dah cuba nak ambil peguam tapi kebanyakkan yang aku jumpa semuanya tak nak ambil kes aku ini sebabnya I.O polis yang ambil kes aku ini memang susah nak berurusan dengan dia, ada peguam yang nak ambil kes ini pun tapi buka fail saja pun minta sampai dekat puluh ribu jadi memang aku tak mampulah ceritanya.

Lepas saja aku boleh jalan dengan menggunakan tongkat aku terus pergi balai polis buat laporan sebab aku tengok tak ada sebarang tindakan yang di ambil ke atas pemandu kereta myvi itu jadi buat apa kita rakyat Malaysia ini bayar cukai jalan dengan insurans mahal-mahal kalau tak boleh nak claim.

Lepas aku buat laporan polis aku terus pergi jumpa sarjan Shuib di balai polis jalan bandar yang ambil kes aku ini tapi aku tak sangka yang aku dengan saksi kejadian pula yang kena marah bodoh banyak kali sebab pandai-pandai buat laporan polis tanpa bagi tahu dia terlebih dahulu.

Sarjan itu siap cakap lagi dengan saksi bahawa kenapa dia ikut pergi buat laporan jadi saksi siap cakap aku nak buat laporan polis apa lagi.

Aku dapat rasakan ada yang tak kena sebab sarjan yang ambil kes aku ini seperti cuba mempertahankan pemandu myvi yang langgar aku itu.

Mengikut daripada kenyataan Man tersebut dia seperti menuduh sarjan tersebut seakan ada mengambil imbuhan atau hadiah daripada pemandu tersebut sehinggakan laporannya seperti tiada sebarang nilai.

Man memberitahu bahawa sarjan tersebut seakan-akan cuba untuk membela pemandu berkenaan walaupun pada dasarnya pemandu tersebut yang bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kecelakaan.

Di akhir kenyataannya mengatakan kekesalannya dengan sikap sarjan tersebut  serta memberitahu bahawa "lebih baik sarjan bunuh saya kalau tak nak permudahkan kes saya sebab saya dah cacat dan saya akan buat apa sahaja untuk membela nasib saya yang malang ini".

#pdrm #sprm #viral #tv3 #platekereta #JLM3783
loading...