Sabtu, 5 Ogos 2017

Lelaki Ditangkap Rakam Video Dalam Tandas Guna Telefon

Seri Kembangan - Seorang lelaki telah ditangkap ketika dia sedang merakamkan video orang yang sedang menggunakan tandas dengan menggunaan telefon bimbit miliknya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di tandas lelaki di The Mines Shopping Mall seri Kembangan pada hari ini.

Kejadian tersebut telah di kongsikan oleh seorang lelaki yang di kenali sebagai Mazrul Hisham di akaun facebook miliknya.

Mengikut kata Mazrul kejadian terbabit berlaku betul-betul di depan matanya dan apa yang lebih sukar dipercayai adalah pelaku terbabit merupakan seorang student jurusan Doktor Falsafah PHD di UPM.

Pelaku terbabit juga turut menunjukkan kad student UPM miliknya sebagai bukti dia benar-benar merupakan student UPM.

"Ketika tangkapan dibuat, kami memang terkejut bila check iPhone miliknya penuh dengan video lelaki-lelaki sedang melepaskan hajat mereka dalam tandas," kata Mazrul lagi.

"Dah tengok macam itu apa lagi kami pun panggil polis dan biar polis sahaja yang selesaikan perkara ini, berderau darah aku tengok video-video yang terdapat dalam telefon dia dan nasib baik tak ada video aku kalau tidak malu sahaja aku,"katanya lagi.

Mazrul juga turut mengingatkan kepada mereka yang gila nak merakam orang dalam tandas supaya berhenti melakukan perkara tak masuk akal tersebut kerana ada akta khas bagi mereka yang melakukan perkara sebegini jadi jangan ingat boleh terlepas ya.

Sumber: Mazrul Hisham.

loading...