Selasa, 15 Ogos 2017

Lelaki Maut Ketika Isteri Dalam Pantang, Dilanggar Wanita Pandu Kereta Sambil Main Telefon.

Cheras - Seorang lelaki maut selepas bertarung nyawa akibat daripada kecuaian seorang pemandu yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit sehingga melanggarnya.

Mangsa telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras selepas bertarung nyawa akibat dilanggar.

Mengikut daripada berita yang tersebar secara meluas di media sosial, pemandu yang melanggarnya itu merupakan seorang wanita dikatakan sedang leka bermain telefon bimbit sebelum berlakunya kemalangan terbabit.

Amat menyedihkan buat ahli keluarga mangsa untuk menerima kepermergian mangsa kerana isteri mangsa ketika itu sedang dalam pantang lagi selepas melahirkan bayi mereka.

Tragedi ini meninggalkan luka yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa apatah lagi bayinya yang baru lahir itu belum sempat mengenali bapanya namun bapanya itu telah kembali kerahmatullah.

Berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul, kerana kecuaian orang lain yang menjadi mangsa keadaan, semoga tragedi ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Berhati-hatilah ketika memandu kerana kecuaian kita bukan sahaja boleh membahayakan nyawa kita sendiri malah turut membahayakan nyawa orang lain.

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa dan sama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah.


loading...