Selasa, 8 Ogos 2017

Lelaki Tuduh Bekas Isteri Mencuri, Sebar Gambar Di Media Sosial.

Terengganu - Seorang lelaki telah menviralkan mengenai bekas isterinya yang dikatakan telah melarikan sejumlah wang serta barangan berharga miliknya.

Menurut lelaki terbabit yang lebih di kenali sebagai Apis Steady memberitahu bahawa dia amat berharap kepada sesiapa yang mengenali atau mahupun wanita berkenaan sendiri agar tampil bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Wanita yang di viralkan oleh lelaki berkenaan merupakan bekas isterinya sendiri yang bernama Siti Sharaf Binti Muda atau lebih dikenali sebagai Sha merupakan penduduk kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu.

Menurut laporan polis yang di buat oleh Apis, Sha telah melarikan beberapa barangan berharga dan wang tunai yang dianggarkan kerugian mencecah Rm15,000 bersama dengan dua orang lelaki yang dikenali sebagai Sapit Kucik serta Peja.

Apis turut memberitahu bahawa perkara ini masih lagi boleh di bawa berbincang dengan baik andai ke semua barangannya dikembalikan sebelum kes ini di panjangkan kepada pihak yang berwajib.

Namun begitu walaupun Apis telah mengeluarkan kenyataan sebegitu akan tetapi Sha dalam akaun facebooknya turut menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa dia tidak melakukan perkara tersebut.

Malah Sha turut menerangkan bahawa dia sebenarnya telah di fitnah serta perkara itu dilakukan oleh bekas suaminya itu hanyalah semata-mata kerana bagi memalukan diri serta keluarganya supaya dia akan rujuk kembali dengannya.

Apis dikatakan dengan sengaja membuat tuduhan palsu berkenaan kerana dia seperti seorang yang gila talak apabila Sha tidak mahu rujuk kembali dengannya.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka sehingga berlaku kejadian viral menviral ini malah tidak dapat dipastikan siapa sebenarnya yang bersalah. Sumebr ‎Apis Steady‎ 



loading...