Selasa, 8 Ogos 2017

Lelaki Yang Melanggar Peragut Hingga Mati Dibebaskan Dengan Jaminan Polis.

SERDANG - Seorang lelaki warga Yaman yang melanggar seorang peragut sehingga mati telah dibebaskan oleh polis dengan jaminan polis.

Mengikut laporan Sinar Harian, pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, lelaki warga Yaman terbabit telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 31 Julai lalu sehingga semalam.

"Lelaki warga Yaman terbabit telah dibebaskan dengan jainan polis pada hari Rabu yang lalu selepas pihak polis berpuas hati dengan hasil siasatan serta kerjasama yang diberikan olehnya.

"Kes ini telah disiasat di bawah seksyen 304 Kanun keseksaan,"katanya lagi.

Menurut Mohd Rosdi, kertas siasatan akan dilengkapkan dan kes ini akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dengan segera bagi mendapatkan arahan lanjut.

Kejadian ini dikatakan berlaku di One South dekat sini pada 30 Julai yang lalu membabitkan seorang peragut yang maut selepas dirempuh kereta yang dipandu oleh seorang pelajar kolej warga Yemen.

Dikatakan bahawa sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 3.30 pagi, peragut terbabit telah meragut pelajar terbabit yang ketika itu sedang minum di sebuah restoran.

Walau bagaimanapun mangsa ragut terbabit kemudiannya telah mengejar suspek dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Preve sejauh tiga kilometer sebelum bertindak melanggar motosikal jenis Yamaha Y15z yang ditunggang oleh suspek ragut.

Disebabkan oleh insiden ini telah menyebabkan peragut tersebut maut akibat daripada kecederaan parah yang dialaminya di bahagian kepala.- Sinar Harian
loading...