Selasa, 8 Ogos 2017

Mengerikan Kanak-kanak Perempuan Maut Dibaham Anjing Keluarga.

Indonesia - Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam keadaan yang mengerikan selepas di gigit oleh seekor anjing jenis Pitbul yang merupakan haiwan peliharaan keluarganya.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku di Kampung Candi Penataran Kota Malang di Indonesia, mangsa yang dikenali sebagai Ramiza Bazigha berusia 9 tahun maut selepas lehernya digigit sehingga terkoyak oleh anjing Pitbul berusia 4 tahun.

Menurut nenek mangsa yang juga merupakan saksi kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, sebelum kejadian terbabit dikatakan bahawa anak patung milik cucunya itu telah terjatuh ke dalam kandang anjing terbabit.

Ketika itu anjing berkenaan yang juga merupakan milik ayah mangsa dikatakan sedang tidur membuatkan mangsa cuba mengambil kembali anak patung miliknya itu, malang bagi Ramiza apabila secara tiba-tiba tanpa memberikan sebarang peringatan anjing tersebut telah bertindak menggigit leher mangsa sebelum mengoyakkan bahagian muka mangsa.

Nenek mangsa yang terkejut dengan kejadian yang menimpa cucunya itu kemudiannya telah menjerit meminta pertolongan daripada jiran tetangga, namun begitu keadaan bertambah membimbangkan apabila anjing tersebut bertindak semakin ganas dengan terus menggigit mangsa tanpa berhenti.

Anjing tersebut dikatakan enggan melepaskan gigitan terhadap mangsa dan hanya melepaskan gigitan selepas ayah mangsa yang juga pemilik anjing berkenaan sampai di tempat kejadian.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital namun telah disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat daripada kecederaan parah yang di alaminya di bahagian leher dan kepala.



loading...