Isnin, 28 Ogos 2017

Netizen Puji Suami Ummi Nazeera Jaga Aurat Isteri

Seorang suami pasti menginginkan yang terbaik buat isterinya yang tercinta dan tanggung jawab suami bukan sahaja sekadar memberikan nafkah zahir serta batin malah turut bertanggung jawab membimbing isteri ke jalan yang diredhai.

Menjaga maruah serta aurat isteri juga merupakan tanggung jawab seorang suami yang perlu dilakukan yang semakin di abaikan oleh rata-rata masyarakat sekarang ini.

Walau bagaimanapun pelakon bernama Ummi Nazeera yang selamat di ijab kabulkan pada 23 Julai yang lalu bersama pasangannya Dr. Mohd. Izzar Anwari dikatakan amat bertuah kerana memiliki seorang suami yang pandai menjaga aurat isterinya.

Rata-rata netizen memuji sikap Izzar yang telah menyunting gambar bahagian pergelangan tangan isterinya itu yang memperlihatkan auratnya ketika memandu sebelum memuat naik gambar yang disunting berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Izzar dikatakan telah menghitamkan pergelangan tangan Ummi yang dikatakan sedikit terdedah ketika sedang memandu kereta.

Gambar tersebut kemudiannya telah menarik perhatian netizen yang rata-rata memberikan komen positif mengenainya serta menyukai sikap Izzar yang amat prihatin dengan aurat isterinya sebelum mengongsikannya bersama peminat Ummi.
loading...