Khamis, 24 Ogos 2017

Pelajar Sekolah Merokok Selepas Pulang Dari Sekolah.

Sebagai seorang ayah sepatutnya mendidik anak-anak serta memberitahu betapa bahayanya merokok itu terhadap kesihatan tubuh badan serta orang sekeliling tetapi berbeza pula dengan yang ini.

Melalui gambar yang telah di muat naik oleh seorang pengguna facebook jelas menunjukkan seorang pelajar sekolah menengah yang tanpa rasa bersalah menghisap rokok ketika mebonceng motosikal bersama dengan seorang lelaki.

Namun tidak diketahui apakah lelaki tersebut merupakan ayahnya atau bukan tetapi rata-rata netizen memberikan tindak balas kurang menyenangkan ketika melihat gambar ini.

Ada sesetengah netizen memberitahu bahawa penunggang tersebut merupakan ayah kepada remaja terbabit namun tidak diketahui kesahihan tersebut.

Dapat di lihat di ruangan komen yang rata-rata melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan remaja tersebut yang dengan bersahaja menghisap rokok tanpa rasa bersalah manakala penunggang tersebut yang dikatakan ayah remaja itu langsung tidak memarahi mahupun menegur perbuatan remaja itu.

Kalau betullah penunggang tersebut merupakan ayah remaja itu, memang sporting habislah sebab bagi saja anak yang masih bersekolah itu hisap rokok.



loading...