Khamis, 24 Ogos 2017

Petua Untuk Mengesan Berita Palsu Di Facebook.

Dengan lambakkan berita-berita palsu di laman media sosial seperti facebook sering kali kita lihat dan kadang-kalanya mengelirukan pengguna facebook yang benar dengan yang palsu.

Kini facebook telah melakukan usahanya yang terbaru dalam mengekang penularan berita palsu yang semakin banyak kelihatan di facebook dengan mengongsikan beberapa petua yang boleh di guna pakai bagi mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media sosial.

Di sini kami sertakan 10 petua yang telah dikongsikan oleh facebook dalam usahanya menghentikan penularan berita palsu di facebook, pertua itu kami kongsikan di bawah ini buat pengguna facebook semua  :

1) Sentiasa berasa sangsi dengan tajuk utama. 

Cerita berita palsu sering mempunyai tajuk utama yang menarik dengan semua huruf besar berserta tanda baca seruan. Jika berita mengejutkan dalam tajuk utama sukar dipercayai, ia mungkin palsu.

2) Lihat dengan teliti pada URL. 

URL palsu atau kelihatan serupa mungkin merupakan amaran tentang berita palsu. Banyak tapak berita palsu meniru sumber berita sahih dengan membuat sedikit perubahan pada URL. Anda boleh pergi ke tapak tersebut untuk membandingkan URL dengan sumber yang kukuh.

3) Siasat sumber tersebut. 

Pastikan bahawa cerita ditulis oleh sumber yang anda percayai dan mempunyai reputasi yang baik dari segi ketepatan. Jika cerita tersebut datang daripada organisasi yang jarang didengar, semak bahagian “Perihal” untuk mengetahui lebih lanjut.

4) Perhatikan pemformatan yang luar biasa. 

Banyak tapak berita palsu mempunyai kesalahan ejaan atau reka letak yang janggal. Baca dengan teliti jika anda melihat tanda ini.

5) Nilaikan foto. 

Cerita berita palsu sering mengandungi imej atau video yang dimanipulasi. Kadang-kadang foto mungkin sahih, tetapi berada di luar konteks. Anda boleh mencari foto atau imej bagi mengesahkan sumbernya.

6) Periksa tarikh. 

Cerita berita palsu mungkin mengandungi garis masa yang tidak masuk akal atau tarikh peristiwa yang sudah diubah.

7) Semak bukti. 

Semak sumber pengarang untuk mengesahkan sumber yang tepat. Kekurangan bukti atau pergantungan kepada pakar yang tidak dinamakan mungkin menandakan cerita berita palsu.

8) Lihat laporan lain. 

Jika tiada sumber berita yang lain melaporkan cerita yang sama, ia mungkin menandakan cerita tersebut palsu. Jika cerita tersebut dilaporkan oleh pelbagai sumber yang anda percayai, ia mungkin cerita benar.

9) Adakah cerita tersebut satu jenaka? 

Kadang-kadang cerita berita palsu sukar dipisahkan daripada jenaka atau sindiran. Semak sama ada sumber tersebut memang diketahui sebagai parodi dan sama ada butiran cerita serta bentuk penyampaiannya hanyalah untuk gurauan.

10) Sesetengah cerita memang sengaja dipalsukan. 

Fikirkan secara kritikal tentang cerita yang anda baca dan hanya berkongsi berita yang anda ketahui boleh dipercayai.
loading...