Khamis, 17 Ogos 2017

Polis Berjaya Menahan Lelaki Ugut Bunuh Dan Rogol Selepas Kantoi Curi Buah Mangga.

Kuala Lumpur – Seorang lelaki bertindak berani dengan mengugut seorang wanita selepas tindakkannya mencuri buah sempat dirakamkan oleh pemilik pokok itu.

Lelaki tersebut ketika itu yang sedang mencuri buah mangga milik wanita tersebut yang di tanam dihadapan rumah miliknya itu telah mengugut akan merogol wanita tersebut selepas dia menyedari bahawa perbuatannya itu telah dirakamkan.

Menurut laporan Guang Ming Daily, kejadian tersebut dikatakan berlaku di rumah wanita tersebut yang terletak di Taman Wahyu, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.39 petang pada hari Sabtu yang lalu.

Suspek yang mencuri buah berkenaan telah mula bertindak ganas serta mengugut mangsa selepas dia menyedari bahawa perbuatnnya itu telah dirakamkan oleh mangsa.

Tidak cukup dengan mengugut mangsa, dia juga bertindak semakin berani dengan mencabar mangsa untuk membuat laporan polis sambil melontarkan beberapa biji buah mangga ke dalam ruangan tempat letak kereta di rumah mangsa sebelum beredar bersama rakannya dengan menaiki motorsikal.

Mangsa kemudiannya telah memuat naik rakaman tersebut ke laman media sosial sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian yang baru sahaja menimpanya itu.

Susulan laporan yang di buat oleh mangsa, Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner R. Munusamy memberitahu bahawa pihak polis telah menahan dua suspek yang berusia lingkungan 30 dan 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.
loading...