Rabu, 23 Ogos 2017

Rupanya Inilah Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Roti Gardenia Lembut Dan Sedap.

Setiap penggemar roti potong gardenia pasti tertanya-tanya apa sebenarnya ramuan yang di gunakan bagi membuat roti tersebut yang lembut serta lazat sehingga digemari oleh setiap peringkat umur.

Kini telah viral mengenai bahan asas yang di gunakan untuk membuat roti ala gardenia yang lembut dan sedap itu di media sosial.

Sungguh tak sangka bahawa amat mudah untuk membuat roti ala gardenia tersebut dan bahan-bahannya boleh diperolehi dengan mudah dari mana-mana pasaraya berhampiran.

Bagi suri rumah yang ingin mencuba membuatnya di rumah bolehlah mengikut resepi yang telah di kongsikan oleh seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Angah Izan di bawah ini.


Roti Asas Ala Gardenia

BAHAN:

1 Peket yis kering
2 1/4 cawan air panas suam
1 sudu teh garam
1/4 cawan gula

 Disatukan dan dimixer/blend.

# 2 sudu besar butter or margerin
# 5 ke 6 1/2 cawan tepung gandum diayak

1. Masukkan bahan ## ke dalam adunan.  Uli sehingga lembut. Tutup dengan wrapping plastik.
2. Perapkan sehingga kembang. Setelah kembang, tumbukkan untuk membuang angin.
3. Bahagikan 2 bahagian dan leperkan dengan kayu or botol.
4. Setelah leper gulung doh tadi seperti menggulung tikaršŸ˜‚.
5. Masukkan ke dalam loyang satu bahagian. Perapkan lagi...tunggu doh naik sekali lagi dan bersedia untuk dibakar.
6. Bakar selama 30 minit - 35 minit
7. Setelah masak sapukan dengan butter untuk lebih menarik n berkilat.

Mudahkan nak membuatnya! SELAMAT MENCUBA

Kredit: Angah Izan



loading...