Selasa, 15 Ogos 2017

Saluran TV Liat Nak Bayar Imbuhan Juara Program Akademi Silat Pendekar Muda.

Seorang lelaki yang pernah menjadi juara dalam Program Akademi Silat Pendekar Muda di saluran TV-Alhijrah merasa tertipu apabila hadiah yang di janjikan itu hanyalah sekadar janji.

Lelaki yang dikenali sebagai Syahmi Shaari telah berjaya meraih gelaran juara serta hadiah yang di tawarkan adalah berupa wang tunai RM100,000 berserta sebuah kereta tajaan Naza.

Walau bagaimanapun menurut Syahmi, imbuhan tersebut telah di bayar separuh daripada jumlah tersebut namun begitu separuh lagi masih belum dibayar oleh pihak TV Alhijrah dan berasa seakan liat untuk membayar jumlah baki imbuhan tersebut.

Menurut Syahmi dia telah menghubungi pihak penganjur tiga ke empat kali berhubung perihal tebus jumlah baki yang tertunggak namun dia di layan seperti ala kadar dan mereka juga turut memberitahu bahawa dia akan membayar jumlah imbuhan tersebut dengan cara 10 kali bayar iaitu bersamaan dengan 10 bulan.

Bila bayar bulan-bulan faham sendirilah mulalah mereka liat nak bayar, hampir setiap bulan saya kena telefon dia bertanyakan pasal progress hingga saya dah mula menyampah nak telefon mereka.

Inilah jadinya bila tiada sebarang dokumen hitam putih mengenai perjanjian yang dibuat.


loading...