Isnin, 7 Ogos 2017

Saya Diceraikan Selepas Suami Kantoi Bersama Kawan Baik.

Sahabat baik sendiri jadi perampas suami
Siapa yang sangka kawan baik sendiri yang sama-sama membesar dan sama-sama mengharungi suka serta duka sejak kecil lagi akhirnya dia yang menjadi duri dalam daging.

Bagi seorang wanita, dia tidak menyangka bahawa kawan baiknya sendiri akan menjadi perampas suaminya sendiri walaupun Tiara merupakan sahabatnya sejak mereka kecil lagi.

Sahabat yang merupakan satu-satunya sahabat saya sejak kecil malah dia telah bersama saya dan suami sejak kami bertunang sehinggalah sampai kami berkahwin.

Bila saya mengandung dia jugalah orang yang tumpang gembira sangat apabila mendengar berita tersebut tetapi siapa yang sangka bahawa dia jugalah yang menjadi perosak rumah tangga saya.

Masa itu saya tengah mengandungkan anak sulung kami dan ketika itu jugalah saya tahu yang suami bermain kayu tiga malah apa yang lebih mengejutkan orang ketiga itu adalah merupakan sahabat baik saya sendiri.

Perkara tersebut hanya betul-betul kantoi waktu saya sedang berpantang dan saya telah menasihatkan suami serta telah memberikan peluang kedua kepadanya.

Saya ingat dia akan berubah tetapi rupa-rupanya saya telah ditipu hidup-hidup oleh mereka berdua, masa itu anak saya pula ayik demam saja dan selalu keluar masuk hospital sebab itulah mereka menggunakan peluang tersebut untuk menipu saya.

Suami pula selalu tak pergi kerja tapi dia tipu saya mengatakan dia pergi kerja sedangkan dia hanya keluar dengan perempuan siang malam tanpa memperdulikan saya dengan anak yang berada di hospital.

Hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya yang terpaksa menjaga anak yang sedang sakit dengan suami yang langsung lepas tangan tidak mempedulikan kami dan  yang berlaku curang di belakang saya.

Lagi sekali saya di uji apabila suami nekad menceraikan saya untuk berkahwin dengan kawan baik saya itu hanya dengan alasan saya bukanlah isteri yang baik sedangkan saya tidak pernah abaikan segala keperluan dia walaupun pada hakikatnya hati ini terlampau sakit dengannya.

Lepas bercerai bekas suami langsung tak bagi nafkah anak dan benda ini berlarutan sehingga 7 tahun, bila saya minta macam-macam alasan dia bagi sampai saya terpaksa turun naik mahkamah hanya kerana untuk menuntut nafkah anak.

Tujuan saya memuat naik cerita ini adalah bagi mmeberikan nasihat serta pengajaran buat kaumvwanita di luar sana yang ditinggal suami supaya jangan pernah berhenti berusaha demi anak-anak kita.

Buatlah tuntutan nafkah anak kerana itu merupakan hak anak-anak dan kita berhak menuntutnya.
loading...